Sunday, February 17, 2008

Monday, January 28, 2008

Hanya Yang Benar (I)

Dalam kehangatan bahang pilihan raya umum ke-12 sering diperkatakan, satu kumpulan yang digelar ‘Bersih’ yang dipelopori pembangkang sewenang-wenangnya menuduh pilihan raya di negara ini tidak bebas, telus dan adil.

Kenyataan pemimpin pembangkang yang selari dengan beberapa NGO's, yang juga satu ketika dulu golongan itu menyokong penubuhan Suruhanjaya Antara Agama di Malaysia.

Dakwaan Bersih itu dibuat tanpa penyelidikan, tetapi semata-mata ianya satu tindakan untuk memburukkan kerajaan supaya rakyat tahu kemenangan BN sebelum ini kerana SPR memihak kepada kerajaan.

Pas pula cakap tak serupa bikin, kemenangan di Kelantan sejak tahun 1990 dan Terengganu pada 1999, tidak kedengaran SPR tidak telus dan adil.

Ini semua adalah taktik orang yang sudah menghidu kekalahan yang akan dihadapi.


2 badan antarabangsa, TNS (london) dan Gallup International (Zurich)mendedahkan hasil kajian mereka berhubung pilihan raya di Malaysia mendapat kedudukan teratas di Asia dari segi kebebasan, adil dan telus serta ditadbir mengikut kemahuan rakyat.

Peratusan Pilihan raya bebas & adil /Ditadbir ikut kemahuan rakyat
Malaysia : 74 /69
Singapura : 66/ 47
Indonesia: 58 / 37
Hong Kong: 51 / 57
India: 55 / 55
Korea Selatan: 55 / 19
Jepun: 50 / 29
Thailand': - / 26
Flipina: 26 / 42
Pakistan: 16 / 19